~masalah~

assalamualaikum.. :)

hehe, selesai cri pe yg ptut utk kuliah mnggu ni, tetiba hati terasa sebak.. haha, memg aku cengeng pun, fakta yg memg x dpt dinafikan.. but, lately memg aku rse semacam, pkir semcm dan mlas semcm.. even smlm org ajak aku g bbq pun aku x g.. emm.. tetiba rindu fmly, rindu mse cuti hari tu, duk2 kat umah.. smemangnya aku sorg yg suka stay kat satu tmpt yg dh wt aku selesa.. aku x suka kan cabaran, emm.. tpi x bleh cmtu sbnrnye.. kalu kte stay cmtu, x kan ada kemajuan dlm diri kte.. emm, nasihat utk diri sndiri..

so, right now, memg dh banyak esaimen.. subjek KPD, minggu ni dh mula mikroteaching, kne kuarkan smula buku2 KPD sem lpas yg dh disimpan, haha, final year project dh kne blajar wt proposal n dh mula wt research psal serangga kcau pokok nenas n perangkap cmne yg sesuai utk tangkap serangga tu, SOEP dh kne mula tanam2 pokok such as pokok halia, cekur, pokok2 bunga dan len2 utk dijual hjung sem nnti, dh kne mula cri tesis n jurnal utk dikaji berkaitan ngan moral, huhu, tu pun sempat lg update blog kan? hebat kan aku, hahahahah.. grrrr..

teringat mak pernah g tau, abah ckp, kalu kte pkir2 blek, mslh yg tuhan bg kt kte bkn bsar sgt pun kalu nak dibandingkn ngan org yg kt negara mcm syria, palestin, gaza sume tu.. hdup x senang, x tenang, mknn x de, nak g sekolah susah, nyawa dihujung tanduk je, kt mana2 ada org nak bunuh kte.. so, kte yg bru ada mslh sebesar semut dh bsing mcm mslh kte sebesar gajah.. kann? emm.. bersyukur la ngan pe yg kte ada skrg.. alhamdulillah..

ok, just nak share.. lagu ni memg best gler, dh dua kali aku nengok video ni, dua kali aku nanges.. haha.. sbb sweet sgt pe yg p. cik tu wt dan yg bdak2 tu wt.. know what, kengkadang, even kte x de duit pun, tpi kte smpaikan hajat org, kte akan hepi gler nengok hajat org tu tercapai, serius.. haa, ni la lagunya..



cer la korg nengok, hehe.. n, lg satu, td aku terbce kt fb n nak share jgk kt sini.. sat naa..

Empat Masalah dan jalan PenyelesaianNya..
أربعة مشاكل وأربعة حلول
1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah SolatMu.
Firman Allah bermaksud: "Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan solat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya" [Q.S. Maryam: 59]
إذا ابتُليت بالشهوات فراجع حفاظك على الصلوات
{فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ}
2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganMu dengan ibumu dan baktimu kpdNya.
Firman Allah bermaksud: "Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" [QS. Maryam: 32]
إذا أحسست بالقسوة وسوء الخلق والشقاء وعدم التوفيق
فراجع علاقتك وبرك بأمك
{وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا}
3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka Periksalah hubunganMu dengan Al-Qur'an.
Firman Allah bermaksud: "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur'an- berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit" [Q.S. Thaha: 124]
إذا شعرت بالإكتئاب والضيق والضنك في العيش
فراجع علاقتك بالقرآن
{وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا}
Dan...
4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianMu terhadap nasihat yg engkau dengar dari orang2 yg menyampaikan Nasihat kpdMu.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]
إذا أحسست بعدم الثبات على الحق والإضطراب
فراجع تنفيذك وفعلك لما تسمعه من المواعظ
{وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً }
Moga moga Allah memelihara kita Mencari KeredhaanNya

ok, ni je nak share.. semoga kte sume kuat utk menghadapi hari - hari yg mendatang, insyaAllah.. Allah sentiasa dekat dgn kte.. yeah!! 
ok, bye, assalamualaikum.. :")

Comments

Popular posts from this blog

adik beghadik :D

tesis ohh tesis

A day to remember :*