Hebatnya Sabar



Assalamualaikum 😍

Allahhhhhh, lamanya tak update blog, hahaha.. dah bersarang benda ni.. 

Hmm.. ok, hari ni nak cerita pasal apa yang jadi sepanjang 2020 dan kesannya pada 2021. 

Ok, cerita pasal cikgu dulu la. Bulan 10 2019 dulu, aku dapat panggilan interview cikgu tau. Bulan 12 tu keluar result, Alhamdulillah aku lulus tapi aku calon simpanan 😊. Untuk pengetahuan korang, status calon simpanan ni valid setahun je tau. Keluar result tu 25/12/2019, so kalau 25/12/2020 aku belom dapat posting, means aku kene pergi interview semula. Tapi setakat ni tak pernah lagi la dalam sejarah calon simpanan ni tak dapat posting. 

Nak jadikan cerita, tahun 2020 mula lah pkp.. ok, masa ni dah risau la, yang lulus pun entah bila masuk sekolah, lagi la kami yang calon simpanan ni. Tak lama lepas tu, dapat tau yang lulus dapat masuk sekolah bulan 6. So yang calon simpanan ni masih menunggu panggilan la. 1st step dia, status calon simpanan tu kene tukar kepada lulus dulu. haa kalau dah tukar lulus tu maknaya dah confirm la akan masuk sekolah. So aku pun tunggu la bila agaknya status tu nak bertukar lulus kan. So doa la banyak-banyak. 

Tup-tup, bulan 9 tu keluar result status calon simpanan tukar kepada lulus. Tapi yang sedihnya, ada dekat 600 orang calon simpanan, tak semua statusnya bertukar kepada lulus. Termasuk laa aku wehhh 😒 memang waktu ni sedih yang amat sangat laa. Suami aku je tau pasal ni waktu ni. Memang sedih yang teramat sangat, tak tahu nak cakap macam mana. Tapi yang jadi leganya sebab semua calon simpanan budak kos aku semua tak bertukar. So bila ramai-ramai ni jadi lega la sikit, bukan aku sorang la yang sangkut maknanya. Ni lega sikit laa tapi still sedih. Ye la, rasa macam dah takde harapan laa ni, confirm kene pergi interview semula ni.. 

Tapi masa tu baru bulan 9 kan, so aku masih berharap laa sebelum bulan 12 status tu dah bertukar laa.. Korang tau, sampai 25/12/2020, status tu tak bertukar 😭😭 Masa tu sedih lagi sekali, sedih giler bapak laa sebab duk pikir confirm kene pegi interview semula 😭. Tapi suami aku cakap la, SPP atau KPM tak bagi kata putus lagi. So jangan la sedih dulu.. Maknanya masih ada harapan. Betul juga pe dia cakap kan. Sebab masa tu SPP dengan KPM dua2 senyap. Ok tak pe la, kita teruskan doa je la, moga ada keajaiban laa kan. 

Ok, dugaan tahun 2020 tak habis kat situ tau. Ni pasal anak pulak, haha. Tahun 2020 ni tahun kedua aku kahwin. Aku kawin tahun 2019 tu saing abang aku, kak ipar aku dah pregnant dah waktu ni. Alhamdulillah, aku happy gilerr 😍😍 Dalam masa yang sama,adik suami aku pulak kahwin tahun 2020 pun bini dia dah pregnant dah.. aku je la belom, hahaha.. actually memang aku dengan suami aku planning sendiri nak dapat anak. Tapi lepas tu ramai sangat yang duk desak, suruh pergi cek la, pergi berubat la, mak aku dengan mak mertua pun asyik tnya je bila nak ada baby πŸ˜… Secara logiknya memang la aku tak pregnant sebab kita orang planning πŸ˜… So baik2 aku tak pikir pasal ni, dah stres pulak bila nak dapat baby ni.. pastu aku dengan suami pun macam, ok laa, pasni kalau sangkut memang rezeki laa.. 

Aku sebenarnya bersyukur la jugak suami aku faham aku. Ye la, orang bukan tanya dia bila nak dapat anak. Semua orang tanya aku sorang, macam aku buat anak tu sorang2 pulak πŸ˜… Tapi biasa laa, jarang lelaki jumpa lelaki nak tanya eh bila ko nak dapat anak? Jaranggg.. Kalau perempuan ya, selalu, haha.. Lagi ada sorang mak cik kat kampung aku tu, pantang la jumpa aku, mesti tanya dah ada isi ke belum. Biasa aku bagi jawapan sama je, aku honeymoon lagi πŸ˜† sambil gelak2 la aku jawab. Dalam hati tuhan je yang tau, huhu.. 

Bulan 11 tahun 2020, aku lambat datang bulan tau.. masa ni dah eksited dah, pegi la beli upt.. sekali mse cek tu, line tu double tau, tapi samar2.. aku tanya la abang aku, dia kata ni 50-50, takpe nanti test lagi sekali.. Tapi selang beberapa hari tu aku period πŸ˜₯.. so tak pregnant laa aku.. sedih la lagi waktu ni 😭 abang aku cakap takpe, relaks2 je, nanti lekat laa tu.. betul la pe dia cakap tu.. aku pun pastu dah malas nak pikir tau.. takpe laa, kene cuba lagi, huhu, tapi tak berharap sangat laa sebab macam penat dah sedih, huhu.. haa bulan 11 ni kak ipar aku bersalin πŸ˜†πŸ˜† wehh ya Allah, tak tahu laa nape eksited sangattt sangatttttt 😍 Mak abah aku lagi laa eksited, cucu pertama kan, haha..  Alhamdulillah.. cuma masa tu dah pikir laa bila turn aku pulak πŸ˜… Aku masa akhir tahun 2020 tu kan, aku macam berharap sangat laa tahun 2021 ni tahun aku sbb 2020 macam tak memihak kat aku kan.. aku tak mintak banyak pun, aku harap aku dapat jadi cikgu dengan aku nak dapat anak. Tapi dapat salah satu pun ok dah.. Aku siap tweet bnda ni, haha.. jap aku tnjuk πŸ˜†

Ok, masuk tahun 2021 πŸ˜€ haa nak tau x? hahahah

Taraaaa 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 😭 masa ni rasa bersyukur sangatttt πŸ˜† masih ada harapan untuk aku rupanya, Allah 😭ok, pastu lega laa, tapi masih berharap status tu bertukar laa kepada lulus.. 

Alhamdulillah lagi sekali 😭😭😭 12/1/2021 aku dapat result status calon simpanan tu bertukar kepada lulus.. dalam masa seminggu je status tu dah bertukar kepada lulus 😭😭 masa ni memang happy tak terkata laa ya Allah.. memang happy sangat sangat laa πŸ˜₯Alhamdulillah, makbul doa aku nak dapat salah satu dari hajat aku.. 

Tapi dalam masa yang sama, aku dah lewat datang bulan tau waktu ni.. tapi aku biar je la, sebab kadang2 biasa laa lambat datang bulan kan.. tapi badan rasa lain.. aku pun decide, beli je la upt, test je laa.. kalu ada rezeki, ada laa.. so aku pun cek.. 

Tup tup double line laa wehhhhhh 😭😭😭 Ya Allahhhh masyaAllah 😭😭 21/1/2021.. masa ni kan, memang aku macam tak caye tau.. dalam bulan 1 je Allah dah bagi semua yang aku nak untuk tahun ni 😭😭😭 memang sedih giler wehhh, aku rasa amazing gilerrr.. suami aku pun terkejut gak, haha.. jap aku share ea masa aku bagi tahu dia yang aku pregnant πŸ˜† masatu dia tengah kerja, aku pun chat la dia bagi tahu. ingat nak tunggu dia balik kerja baru bagi tahu, nak buat video ke kan, tapi aku dah eksited masa tu, dengan menggigilnya, dalam toilet tu jugak aku chat dia, hahaha

haa, tu je la boleh tunjuk, tak boleh laa lebih2, hahaha.. cuma masa aku cek tu petang tau, suami aku dia macam tak caye, dia suruh aku cek lagi sekali esok pagi.. kalau dah petang pun double line, pagi lagi laa double πŸ˜† hahaha.. 



Ok, tak lama pastu, aku dapat tau aku dapat posting dekat negeri mana.. Alhamdulillah aku dapat Johor. πŸ˜ƒ masa ni aku target 2 daerah je la, kalau tak jb, aku nak kluang laa.. haha.. dan Alhamdulillah, aku dapat Kluang 😍

Haa, citer sikit, masa aku tahu aku dapat smk layang2 ni, aku mcm x rasa pa pe tahu masa mula2 tu.. pastu duk pikir, ish, aku tak pernah pun pergi layang2 ni.. pastu tengok maps, dalam 40 minit la dari rumah.. haa aku nangis lagi waktu ni, hahahah.. sebab sek jauh, pastu laluan tu banyak lori tau, lalu jalan dalam.. aku duk pikir la, pukul bape aku nak bangun pagi2, nak kene lalu jalan gelap, drive sorang2 😣😣 masa tu rasa macam tak bersyukur pun ya jugak.. dah dapat tu bising pulak, hadap je laa, dah ni yang kau nak kan! takkan nak sekolah sebelah rumah pulakk! ni aku cakap dalam hati laa. orang lain sampai rentas negeri, aku ni hari2 boleh jumpa family lagi, jauh sikit je, takkan tu pun merungut πŸ˜ͺ haa, sebenanrnya selama ni aku duk doa aku dapat kawan2 yang best kat sekolah tau.. sebab bagi aku, ada kawan best kat tempat kerja, insyaAllah kita akan rasa best nak gi kerja. 

Alhamdulillah sangattt, kat sekolah ni cikgu2 semua macam family 😍 memang baik2, giler2 semua, haha.. pengetua dengan gpk pun semua baikk.. suasana kerja tu best.. memang rata2 cakap sekolah ni best, memang sayang laa nak tinggalkan sekolah ni.. ramai giler yang cakap aku untung dapat sekolah ni.. mesti kau tak nak pindah punye, haha.. tapi betul pe dorang cakap tu.. kat sekolah ni aku rasa macam semua orang sama.. kau ada pangkat ke cikgu biasa ke, sama je semua.. tapi setakat sebulan aku kt sek ni, aku belom jumpa semua cikgu lagi aku rasa.. harap2nya aku dapat sesuaikan diri dengan baik dekat sekolah aku ni insyaAllah πŸ˜„πŸ˜„

Ok, sampai sini dulu la untuk kali ni.. Aku cuma nak cakap, pe yang orang cakap tu betul.. sabar tu indah.. insyaAllah Allah akan tunaikan hajat kita tu pada waktu yang tepat.. selalu la bersyukur sebab ada orang yang nasibnya lagi sedih dari kita.. dan lagi satu, sentiasa jaga percakapan.. kalau rasa benda tu sensitif, pasal anak ke, pasal kahwin ke, pasal gaji ke, pasal pa pe pun la, kalau rasa tak perlu tanya, tak payah tanya.. baik diam daripada terlukakan hati orang.. hati orang kita tak tahu.. maybe pada kita pertanyaan tu biasa, tapi mungkin sensitif bagi orang lain.. orang yang terluka tu maybe dia boleh maafkan kita tapi nak lupakan tu mungkin tidak.. 

moga kita semua sentiasa menjadi orang yang baik.. ok last, semoga asiah jadi seorang cikgu yang baik, ibu yang baik, anak yang baik, isteri yang baik.. semoga perjalanan pregnant 9 bulan ni menjadi satu moment yang indah, walaupun banyak cabaran dan dugaannya.. ingat, takde benda yang senang kalau dah namanya hidup, sebab dalam dunia la tempat untuk kita semua diuji.. 

ok, ada masa nanti aku tulis lagi.. doakan yang baik2 untuk aku.. semoga yang baik2 juga untuk korang semua insyaAllah.. byeee, assalamualaikum 😘

Comments